BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 12 June 2011

Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik
http://josie653.tripod.com/kdp.htm


Sinopsis Artikel
Ledakan teknologi maklumat telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan tidak terkecuali bidang pendidikan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).Melalui pengujudan Sekolah Bestari kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah merancang , dan melaksanakan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut iaitu penghasilan bahan kurikulum, latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan, simulasi, pengiraan, alat bantu mengajar dan tutee.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

6 comments:

  1. saya setuju.cuma sekarang ni saya agak kecewa bila kita dah semangat nak guna it,tp semua tu tinggal angan2 sebab nak guna amat lah susah(rosdarwisy.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. P&P Matematik menggunakan perisian komputer memang menarik. Murid juga boleh melaksanakan pembelajaran kendiri di rumah. Cikgu cuma perlu tunjuk cara pada permulaannya sahaja.

    ReplyDelete
  3. mmg sangat menarik jika menggunakan perisian dlm p&p apa juga subjek. Tetapi banyak kekangan yg dihadapi membuatkan guru kadangkala memilih untuk menggunakan kaedah chalk and talk.

    ReplyDelete
  4. Penggunaan komputer dalam matematik akan menlahirkan murid yang bersikap lebih positif dan dapat memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan, oleh itu gunalah ICT untuk p&p yang berkesan

    ReplyDelete
  5. Teknologi itu memudahkan kita...hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih.belum cuba belum tahu.dah cuba nak guna selalu.ICT..mudah dan berkesan.

    ReplyDelete