BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 16 December 2011

CUTI SEKOLAH

Hai kawan-kawan cuti sekolah dah nak habis..............
jom pakat-pakat isi dgn aktiviti yang menyeronokkan

Sunday 10 July 2011

MUTIARA KATA


Renungkanlah………………
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Sunday 12 June 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah
follow saya......jasa kalian amat dihargai


Terima kasih daun keladi........

Hingga bertemu lagi

Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik
http://josie653.tripod.com/kdp.htm


Sinopsis Artikel
Ledakan teknologi maklumat telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan tidak terkecuali bidang pendidikan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).Melalui pengujudan Sekolah Bestari kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah merancang , dan melaksanakan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut iaitu penghasilan bahan kurikulum, latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan, simulasi, pengiraan, alat bantu mengajar dan tutee.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

Thursday 9 June 2011

MANUAL MEMBINA BLOG

              Langkah pertama

                 


               Langkah ke dua
             
              Langkah ketiga
            

              Langkah keempat
             

               Langkah terakhir